GEDONG; 6 Okt - Hasrat tersebut dinyatakan oleh Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Bin Tun Abg Haji Openg setelah mengadakan lawatan kerja dan menerima taklimat daripada pihak UPM Bintulu, Global Farm Biotech yang telah berjaya menghasilkan Padi hybrid baharu di plot perintis di Kampung Lubok Punggur, Gedong.
Dengan kejayaan tersebut maka Kerajaan Sarawak akan membuka sebanyak lebih 10000 hektar bagi tujuan penanaman padi hibrid tersebut bertempat di Kpg Lubuk Punggur, Tg Bijat Sri Aman, Spaoh dan Tg Purun, Lundu
Berdasarkan statistik tahun 2022( Bernas ) Sarawak mengimport sebanyak 145,148 metrik tan dan pengeluaran tempatan hanya 83000 metrik tan ,keperluan beras Sarawak pada tahun 2022 adalah 250 000 metrik tan.
Justeru sekranya Sarawak mempunyai 10, 000 hektar tanaman padi hibrid baharu tersebut dengan mengeluar 200,000 tan iaitu 120000- -160000 tan beras ditambahan dengan beras tempatan lain, maka keperluan beras sendiri Sarawak akan mencapai 80%.
Model benih padi Gedong hibrid baharu tersebut boleh mengeluarkan hasil 8-10 tan untuk 1 hektar berbanding 3-5 tan 1 hektar dengan tuai padi 3 kali setahun berbanding padi lain.
Bahkan ianya akan melipatkan ganda pendapatan dan ekonomi petani serta rakyat Sarawak boleh menikmati harga lebih murah berbanding dengan harga beras import.
Turut hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Datuk Stephen Rundi ak Utom, Menteri Pembangunan Desa Malaysia, YB Datuk Hajjah Rubiah Wang, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Dato Seri Mohamad Abu Bakar Bin Narzuki, YB Ridiyah Sapiee dan kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku